PUGM Blog

Malaysia Young Entrepreneur Resources
Subscribe
BAHTERA – Wilayah Timur 2018 “Bumipreneurs of Tomorrow”

by | Feb 28, 2018 | Activities, Blog@PUGM, Latest news

APA ITU BAHTERA?

Program BAHTERA 2018 merupakan satu inisiatif Kerajaan Malaysia untuk mewujudkan usahasama kolektif di antara pihak kerajaan dan swasta untuk memperkasa usahawan Bumiputera supaya lebih berdaya saing di dalam ekosistem keusahawanan tempatan dan antarabangsa. Program ini juga bertujuan untuk menyediakan usahawan bumiputera bagi menghadapi cabaran masa hadapan dan menghubungkan mereka dengan pakar industri, tokoh keusahawanan dan individu berpengalaman dalam sektor keusahawanan.

Pada tahun ini, Kementerian Kewangan Malaysia melalui Pejabat Pembangunan Keusahawanan Nasional (NEDO) dan Unit Strategi Nasional sekali lagi diamanahkan bagi menganjurkan acara keusahawanan ”Bumipreneurs of Tomorrow” (BAHTERA). Program (BAHTERA) pada kali ini akan diadakan pada 24 dan 25 Februari 2018 di Pusat Konvensyen Sultan Ahmad Shah, Kuantan Pahang. 

Penganjuran Program BAHTERA pada kali pertama bermula  pada tahun 2015 di KLCC dan seterusnya di zon utara pada tahun 2016 dan zon selatan pada tahun 2017. Pengajuran program keusahawanan ini telah berjaya menyasarkan lebih 20,000 peserta selama penganjuran program ini. Pelaksanaan Program BAHTERA adalah selaras dengan usaha kerajaan dalam agenda memperkasa ekonomi bumiputera seperti yang tercatat dalam Rancangan Malaysia Ke – 11. Inisiatif program BAHTERA adalah merupakan satu platform mampan yang terbaik dalam usaha untuk menangani jurang maklumat dalam kalangan usahawan. Program ini dapat membantu usahawan melonjakkan usahaniaga mereka melalui maklumat perniagaan pintar, strategi penjenamaan yang berkesan dan seiring dengan penggunaan teknologi yang tepat.

WhatsApp Image 2018-02-28 at 5.12.34 PM

WhatsApp Image 2018-02-28 at 5.12.38 PM

WhatsApp Image 2018-02-28 at 5.12.42 PM

WhatsApp Image 2018-02-28 at 5.12.40 PMWhatsApp Image 2018-02-28 at 5.12.39 PM

Written By Azizi Dahalan

28/02/2018

You May Also Like…

0 Comments

Be the Change You Wish to See in the World. Start from Today!